Thursday 13 February 2014

Engagement Story : Checklist review #1

Posted by -✿Ayu✿- at 17:16
Oh my... tinggal 2 minggu je lagi before 1st March 2014!
pejam celik kejap je kan. actually family Encik Mok baru je confirm tarikh 1 mac nak datang sebab ibu dah start bagitahu sedara mara Encik Mok dah. So memang confirm la tu kot.. hihihi

tinggal 2 minggu sebelum majlis so jom review balik checklist nak tengok apa yang tertinggal ke...

alright mostly preparation Ayu dah 50% siap.
Bahagian baju dah setel cuma tinggal tudung je la. Yang tu beli kat stesen bas ganu je. sebab nak pakai tudung bawal je. Senang! 

Bahagian mini pelamin pulak dah pakat ngan Bonda n kak Ros n Mok nak DIY je.
Cewah cam mane la rupe DIY tu nanti tak tau lah. hahaha bukan pelamin sangat pun cuma tabir je la sebab lawa sikit nak bergambar. Ayu tak nak sewa sebab rasa macam membazir pulak. Nak pakai sehari je tapi berhabis ratus-ratus. so lets make it simple. DIY je janji nampak kemas dan comel.. hihihi

masalah skang mekap. nak mekap sendiri ke hire someone. hurmmmmmm
nak mekap sendiri memang tak de kelengkapan la kan. Nak hire someone tapi sapa pulak. dah tanya sorang freelance tapi die dah dibooked pulak... kena pk orang lain pulak or maybe sendirian berhad je! huhuhu

bahagian hantaran pun dah beli sikit-sikit cuma tinggal nak gubah je nanti. samping, sejadah n kain pelikat beli on the spot je la kat ganu nanti. hari tu dah tengok tapi manusia overload pulak kat ganu time raya cina tu so tangguh dulu. 

That's all je la setakat ni. tunang je pun. bukan nikah. so tak perlu over sangat la Ayu ye.!

Till then... Ayu akan update lagi.. :)

0 comments :

Post a Comment

 

With Love, Ayu | Dunia Ayu