Thursday 13 February 2014

Engagement Story : Checklist review #1

Posted by -✿Ayu✿- at 17:16 0 comments
Oh my... tinggal 2 minggu je lagi before 1st March 2014!
pejam celik kejap je kan. actually family Encik Mok baru je confirm tarikh 1 mac nak datang sebab ibu dah start bagitahu sedara mara Encik Mok dah. So memang confirm la tu kot.. hihihi

tinggal 2 minggu sebelum majlis so jom review balik checklist nak tengok apa yang tertinggal ke...

alright mostly preparation Ayu dah 50% siap.
Bahagian baju dah setel cuma tinggal tudung je la. Yang tu beli kat stesen bas ganu je. sebab nak pakai tudung bawal je. Senang! 

Bahagian mini pelamin pulak dah pakat ngan Bonda n kak Ros n Mok nak DIY je.
Cewah cam mane la rupe DIY tu nanti tak tau lah. hahaha bukan pelamin sangat pun cuma tabir je la sebab lawa sikit nak bergambar. Ayu tak nak sewa sebab rasa macam membazir pulak. Nak pakai sehari je tapi berhabis ratus-ratus. so lets make it simple. DIY je janji nampak kemas dan comel.. hihihi

masalah skang mekap. nak mekap sendiri ke hire someone. hurmmmmmm
nak mekap sendiri memang tak de kelengkapan la kan. Nak hire someone tapi sapa pulak. dah tanya sorang freelance tapi die dah dibooked pulak... kena pk orang lain pulak or maybe sendirian berhad je! huhuhu

bahagian hantaran pun dah beli sikit-sikit cuma tinggal nak gubah je nanti. samping, sejadah n kain pelikat beli on the spot je la kat ganu nanti. hari tu dah tengok tapi manusia overload pulak kat ganu time raya cina tu so tangguh dulu. 

That's all je la setakat ni. tunang je pun. bukan nikah. so tak perlu over sangat la Ayu ye.!

Till then... Ayu akan update lagi.. :)

Tuesday 4 February 2014

Engagement Story : Outfit DONE!

Posted by -✿Ayu✿- at 16:42 0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Riang sungguh rasa hati sebab baju tunang dah siap! 
Triple yeay!
Ayu ada citer pasal tailor ayu dekat sini entry ni http://latif-ayu.blogspot.com/2014/01/engagement-story-tailor.html

Lepas 2,3 hari ayu hantar baju kat Rilla hari tu, dia janji akan buat 2,3 design untuk ayu pilih.
sebab asalnya ayu cuma nak kurung moden je sebab ayu rase nk simple je. Tapi alang-alang Rilla cakap nak bagi design ayu pun on je la kan.

ni adalah 3 design yang Rilla bagi ayu pilih. Rasa macam dah tempah dengan designer pro je. Padahal Ayu cuma mintak Kurung moden je tapi Rilla siap sekali dengan design. hihihi excited tambah pening jugak la nak pilih mana satu. Tapi lepas tanya pendapat Zyka, Ayu decide untuk (A) tapi nak match kain dengan (B) sebab ayu rasa macam unik sikit. tak delah plain je baju tu. Tapi ayu mintak Rilla matchkan and then Ayu akan tengok balik jadi macam mana. 


And this is the result yang Ayu mintak Rilla buatkan lepas matchkan kain dengan baju tu.
Ayu mintak baju paras lutut and paras peha. Lepas discuss ngan Zyka, Ayu chose (D) 
Ayu amik risiko jugak sebab first time kan tempah dengan Rilla.  

Sebelum tarikh 25th Jan tu memang Ayu tak de tanya pun Rilla cam mana dengan baju hihihi...
2,3 hari sebelum tarikh tu baru la Ayu mesej tanya Rilla baju dah siap ke. On the date 26th Jan, Ayu pegi pick up dekat rumah sewa Rilla kat TTDI Jaya, Shah Alam. 

Dah la excited dengan result baju yang awesome tu lagi excited sebab Rilla bagi almost 50% discount lagi dari harga asal sebab Ayu first customer dia untuk 2014. save bajet Ayu . Thanks Rilla. 
Hihihi...

nah teaser je... 
tunggu on the day je tengok rupe ayu dengan baju ni... hihihi

*** Settle dah bab baju, rasa lega sikit.
cuma hantaran je yang tinggal.




 

With Love, Ayu | Dunia Ayu