Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur nikmat sebab Encik Mok dah bagi hint untuk tarikh
pertunangan kami. Sebenarnya Encik Mok tanya tetiba je waktu hari
wedding lil bro ayu ari tu. Entry Wedding lil bro ayu akan di update
kemudian yang ni nak story dulu... hihihi
waktu majlis sambut menantu kat rumah hari tu ayu agak busy melayan
jemputan dan buat segala persiapan untuk majlis tu. lagipun ayu balik
hari jumaat pagi dan sebab banjir yang melanda seluruh ganu ari tu
perjalanan jadi agak panjang. bertolak pukul 2pg dari melaka naik ke KL
sebab Segamat pun banjir masuk LPT pastu naik ke Bukit Besi masuk ke
Ajil... baru la sampai ke Chendering. laluan Kuantan
-Gambang-Kemaman-Dungun sume tutup. naseb sampai jugak ke rumah... huhu
lepas habis je majlis petang tu Encik Mok cakap nak bagi tugasan penting untuk ayu.
tak agak pun encik mok suh tanya bonda pasal majlis seterusnya yakni majlis pertunangan ayu. hihi
ayu berat sikit nak tanya bonda sebab majlis adik baru je selesai dah
nak masuk majlis ayu pulak, memang pening la bonda ... huhu
sebab tak berani nak tanya bonda dulu , tanya kak ja dlu then baru kak ja cakap ngan bonda... hihi
tapi discussion hari tu tak serius sangat sebab ayu dah nak balik KL
petang tu... so macam tergantung jugak la... tapi bonda macam okay je
tapi Encik Mok kena decide tarikh dulu.
Ayu dan Encik Mok belom decide tarikh lagi sebab family Encik Mok ada
wedding dalam awal tahun depan ... Alon pun nak buat aqiqah unuk Aqil
dalam bulan January so family Encik Mok maybe datang bulan February or
March tapi still under discussion.
semoga perancangan ni di bawah lindunganNYA...
kami hanya mampu merancang selebihnya biar DIA yang tentukan...
moga segalanya berjalan lancar...
InsyaAllah...
setakat ni belum ada sapa yang tahu plan kami ni kecuali family.
ayu pun tak bagitahu sapa-sapa pun lagi. No ONE know yet. hihi
kalau ikutkan hati nak make it secret... tapi susah sebenarnya nak
simpan sebab segala persiapan ayu kena buat sendiri.. tak nak la
susahkan bonda dan family .
lagipun ayu nak majlis yang simple je... antara family je ...
tapi segala persiapan ayu akan update kat sini...
lagipun ayu selesa sikit bercerita kat sini...hihih
InsyaAllah...
lepas ni mulaan misi mencari baju dan barang hantaran segala..
wish me luck!
0 comments :
Post a Comment